Menyokong Ahli Baharu pada Jalan Perjanjian

“Tugas kudus kita adalah untuk menerima dan mengalukan ahli baharu dan yang kembali. Apabila Tuhan mempercepatkan pekerjaan-Nya, kita harus mengasihi, memelihara, dan melayani mereka yang menerima injil-Nya.—Elder Quentin L. Cook, “Tuhan Sedang Mempercepatkan Pekerjaan-Nya

4 Langkah untuk Ahli Baharu Selepas Pembaptisan

Mengambil empat langkah ini pada minggu pertama selepas pembaptisan akan menetapkan laluan untuk menyatukan keluarga bagi keabadian melalui tatacara dan perjanjian bait suci.

1

Ahli baharu hendaklah ditetapkan sebagai ahli Gereja.

2

Ahli baharu hendaklah menerima kad rekomend bait suci untuk pembaptisan perwakilan. Jika dia seorang lelaki, dia hendaklah ditahbiskan ke Imamat Harun dahulu.

3

Pemimpin menggunakan Bantuan Nama Keluarga untuk membantu ahli mengambil nama keluarga* ke rumah Tuhan.

4

Ahli baharu hendaklah dijemput untuk menyembah di rumah Tuhan bersama rakan bahagian, mengikut keadaan yang mengizinkan.

*Mula dengan seorang ahli keluarga yang dikenali dan telah meninggal dunia untuk mengelakkan keperluan penyelidikan atau penggunaan teknologi tambahan.

Cara untuk Terus Melayani

Pemimpin memperkenalkan ahli baharu kepada perunding bait suci dan sejarah keluarga.

Perunding bait suci dan sejarah keluarga membantu ahli baharu untuk menambah apa yang mereka tahu ke FamilySearch, yang akan membawa kepada peluang bait suci dalam Tatacara Sedia.

Membantu ahli baharu untuk terus hadiri rumah Tuhan dengan kerap, jika keadaan mengizinkan, untuk menyembah Tuhan dan melaksanakan tatacara bagi moyang mereka.

Bantuan Nama Keluarga untuk Ahli Baharu

Gunakan alat mudah ini yang membimbing penyediaan dan pencetakan kad nama keluarga untuk pembaptisan dan penetapan bait suci.

Bermula

Melayani Ahli yang Baru Dibaptis

Bertemu dengan keluarga yang baru dibaptis yang akan ke bait suci untuk melakukan pembaptisan untuk ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia.

Tonton Sekarang