Syarat Penggunaan FamilySearch

Dikemaskinikan 2023-09-01

Terdapat perbezaan tempatan di mana diperlukan oleh undang-undang

Dengan menggunakan tapak web ini, anda bersetuju dengan syarat-syarat di bawah (“Perjanjian” ini). Jika anda tidak bersetuju dengan syarat-syarat Perjanjian ini, jangan gunakan tapak web ini. Kami berhak untuk mengubah syarat-syarat Perjanjian ini bila-bila pun, sila menyemak perubahan kepada Perjanjian ini setiap kali anda gunakan tapak web ini. Penggunaan anda yang berterusan selepas posting perubahan ke atas Perjanjian ini bererti anda menerima perubahan itu.

Lesen dan Pembatasan

Tapak web ini, yang diguna khas untuk sejarah keluarga dan penyelidikan genealogi, dikendalikan oleh FamilySearch International, sebuah perbadanan tidak beruntung Utah dengan pejabat utamanya di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat. (selepas ini "FamilySearch", "kita", "kami" atau istilah yang serupa), sebuah organisasi bukan untung yang bergabung dengan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir ("Gereja"). Segala bahan terdapat pada tapak web ini (termasuk visual, teks, ikon, paparan, pangkalan data, media, produk, khidmat dan informasi) dimiliki atau dilesen oleh kami.

Kecuali dinyatakan sebaliknya, anda boleh melihat, memuat turun, dan mencetak bahan-bahan dari tapak web ini hanya untuk kegunaan peribadi, bukan komersial, atau untuk penggunaan anda sebagai indeks sukarelawan berkaitan dengan Program Pengindeksan FamilySearch menurut Terma dan Syarat Program Pengindeksan FamilySearch atau Perjanjian Lesen Perisaian Pengindeksan FamilySearch.

Anda tidak boleh post kandungan dari tapak web ini ke atas tapak web lain atau pada satu rangkaian komputer tanpa keizinan kami. Anda tidak boleh hantar atau sebar kandungan dari tapak web ini ke atas tapak web lain. Anda tidak boleh menggunakan tapak web ini atau informasi dari tapak web ini (termasuk nama dan alamat orang yang telah serahkan maklumat) untuk menjual atau mempromosi produk atau perkhidmatan, untuk solisit pelanggan atau tujuan komersial lain.

Ahli genealogi profesional boleh menggunakan tapak web ini, aplikasi mudah alih kami, atau sumber pusat FamilySearch untuk menyelidik maklumat dan menyediakan dokumen kepada pelanggan untuk kegunaan peribadi pelanggan dan bukan untuk kegunaan komersial. Walau bagaimanapun, ahli genealogi profesional tidak boleh solisit atau mengatur perniagaan, mempromosikan diri mereka sendiri, atau menerima bayaran di tapak web ini atau harta benda kami.

Selain itu, bahan-bahan dari tapak ini boleh diterbitkan semula oleh kakitangan media untuk penggunaan dalam forum berita awam tradisional kecuali dinyatakan sebaliknya. Sebarang penggunaan informasi atau bahan lain yang terdapat di tapak web ini, termasuk penggunaan oleh organisasi atau entiti sah, tidak dibenarkan tanpa kebenaran bertulis kami terlebih dahulu. (Lihat "Kebenaran untuk Menggunakan Hak Cipta dan Tanda Niaga" di bawah.)

Meskipun terdapat penyataan tersebut, kami mempunyai budi bicara tunggal dan hak untuk menafikan, membatalkan, atau mengehadkan penggunaan tapak web ini, termasuk pengeluaran semula dan sebarang penggunaan bahan-bahan lain yang sedia ada melalui tapak web ini. Tetapi, kami tidak bertanggungjawab untuk membuat keputusan tentang apa maksud "penggunaan adil" bagi individu yang ingin menggunakan bahan dari tapak web ini. Tanggungjawab tersebut tertakluk sepenuhnya kepada pengguna individu tapak web ini. Selanjutnya, kami tidak perlu untuk memberikan tukilan sumber tambahan, atau untuk menjamin bahawa bahan-bahan dari tapak ini adalah dibenarkan untuk penggunaan lain. Tanggungjawab ini juga akhirnya dikekalkan bersama pengguna individu tapak web ini. Namun begitu, kami berhak untuk mengelakkan pelanggaran bahan-bahan kami dan berhak untuk menafsirkan maksud “penggunaan adil” sebagaiman yang kami fahami menurut undang-undang.

Tapak web ini tidak bertujuan untuk digunakan dalam Persekutuan Rusia dan, oleh itu, tidak harus diakses di dalam Persekutuan Rusia.

Kebenaran untuk Menggunakan Hak Cipta dan Tanda Niaga

Untuk meminta keizinan untuk penggunaan bahan atau tanda niaga hak cipta kami atau ahli gabungan kami, sila ikut pautan ini:

Meminta Kebenaran

Catatan: Anggaran tempoh masa untuk menerima balasan ialah 45 hari. Permintaan yang melibatkan kuantiti yang besarmungkin mengambil masa yang lebih lama.

Permintaan Lain

Permintaan jenis lain boleh dihantar ke salah satu tapak web ini.

Kewajipan Pendaftaran

Sebagai pertimbangan untuk penggunaan tapak web ini, anda menyatakan bahawa (a) anda telah membaca dan bersetuju dengan syarat-syarat Perjanjian ini, dan (b) anda secara sah dapat mendaftarkan (jika perlu) untuk menggunakan tapak web ini dan tapak web gabungan FamilySearch yang lain. Jika anda menyerahkan maklumat peribadi ke tapak web ini, anda bersetuju untuk memberikan maklumat yang benar, tepat, dan terkini tentang diri anda (termasuk semasa proses pendaftaran) dan untuk mengekalkan dan menyimpan maklumat terkini serta tepat tentang diri anda, sekiranya ia berubah. Jika anda memberikan maklumat atau imej palsu, tidak tepat, tidak sesuai, atau fitnah, kami boleh menangguhkan atau menamatkan akaun anda dan penggunaan tapak web ini. Semasa proses pendaftaran, anda akan diminta untuk mencipta nama daftar masuk dan kata laluan untuk mengakses bahagian tertentu dari tapak ini atau di tapak gabungan FamilySearch. Anda bertanggungjawab untuk menjaga kesulitan nama daftar masuk dan kata laluan anda. Anda bertanggungjawab untuk semua aktiviti yang berlaku dengan penggunaan nama daftar masuk dan kata laluan ini. Sekiranya orang lain menggunakan nama daftar masuk dan kata laluan anda dalam cara yang melanggarterma-termaPerjanjian ini, anda masih bertanggungjawab ke atas tindakannya, dan penggunaan nama daftar masuk anda boleh digantung atau ditamatkan.

Lesen dan Hak yang Diberikan kepada Kita

Sebagai pertukaran untuk penggunaan tapak web ini dan/atau penyimpanan sebarang data yang anda serah, , anda dengan ini memberi kami sebuah lesen yang tidak terbatas,berbayar penuh, bebas dari royalti, seluruh dunia, yang tidak boleh ditarik balik, boleh disublesenkan, , dan lesen berterusan untuk menggunakan sebarang dan semua maklumat, kandungan, dan bahan-bahan lain (secara kolektif, "Kandungan Sumbangan") bahawa anda serahkan atau sediakan kepada tapak web ini (termasuk, tanpa batasan, data genealogi, imej, tulisan, dokumen, bahan-bahan, rakaman, perbincangan, maklumat, dan data yang berkaitan dengan orang-orang yang telah meninggal dunia atau apa sahaja) untuk sebarang tujuan dan segala tujuan, dalam sebarang cara, dan dalam sebarang bentuk media yang kami, menurut budi bicara tunggal kami, dianggap sesuai untuk melanjutkan misi kami untuk menggalakkan sejarah keluarga dan penyelidikan genealogi. Sebagai sebahagian dari lesen ini, anda memberi kami kebenaran untuk menyalin, memaparkan secara terbuka, menghantar, menyiarkan, menunjukkan secara terbuka, mengedarkan, dan menggunakan (dan mengizinkan orang lain untuk menggunakan) Kandungan Sumbangan anda i seluruh dunia, melalui cara-cara yang kami anggap sesuai (elektronik atau sebaliknya, termasuk di Internet). Anda juga memahami dan bersetuju bahawa sebagai sebahagian dari lesen ini, kami mempunyai hak untuk mencipta (dan membenarkan orang lain mencipta) dan menggunakan pekerjaan derivatif daripada Kandungan Sumbangan anda dengan menggabungkan semua atau sebahagian daripadanya dengan para penyumbang lain atau dengan mengubahsuai Kandungan Sumbangan anda.

Kerjasama dengan Orang Lain

Anda mengakui bahawa tujuan utama tapak web ini adalah untuk membolehkan kerjasama antara pengguna tapak web ini dan tapak web lain yang ingin mengembangkan pangkalan data dan pengetahuan genealogi mereka. Anda mengakui bahawa kami boleh menggunakan Kandungan Sumbangan, termasuk sebarang maklumat peribadi individu yang masih hidup, yang anda serahkan untuk tujuan kerjasama dan berkongsi dengan individu dan organisasi lain (termasuk organisasi komersial genealogi) dalam urutan, contohnya, mencipta pediatrik umum global untuk tujuan meningkatkan penyertaan dalam sejarah keluarga dan menyimpan rekod di seluruh dunia. Anda mengakui bahawa kerjasama antara beberapa individu dan organisasi membenarkan kami untuk memperoleh data tambahan yang kami boleh sediakan kepada pengguna tapak web ini—dengan itu membenarkan pengguna melanjutkan garisan keturunan mereka sendiri. Pemberitahuan Privasi kami memberikan lebih banyak butiran mengenai penggunaan Kandungan Sumbangan anda.

Anda bersetuju untuk memasukkan data dengan paling tepat dari pengetahuan anda. Untuk mengekalkan konsistensi dalam pandangan genealogi tradisional yang tersedia di tapak web ini (seperti carta salasilah, pemandangan landskap, carta kipas, dan carta lain), anda bersetuju untuk mengenal pasti individu berdasarkan jantina biologi dan menepatkan mereka menurut kedudukan tradisional lelaki atau perempuan pada carta dan pandangan ini (contohnya, bapa atau ibu). Dalam perkahwinan sesama jantina, kedua-dua pasangan adalah sesama jantina. Anda boleh memasukkan sebarang nota mengenai identiti jantina dalam komen. Sila rujuk kepada bahagian Kod Tatakelakuan untuk rangka panduan tentang akibat-akibat yang mungkin berlaku bagi kemasukan data yang tidak sesuai.

Tapak web ini merangkumi ciri-ciri perbincangan di mana individu-individu boleh memberi komen dan memberikan Kandungan Sumbangan mengenai individu tertentu yang telah meninggal dunia dan memberikan butiran tentang individu itu. Kami berhak untuk menggunakan semula maklumat perbincangan dan Kandungan Sumbangan yang disediakan dan menerbitkannya kepada orang lain dalam usaha untuk membantu menyelesaikan isu-isu terbuka atau untuk membantu mendidik orang lain. Kami meminta anda untuk berhati-hati dan mempertimbangkan maklumat yang anda masukkan dalam perbincangan dalam talian anda dan Kandungan Sumbangan lain, dan berkomunikasi melalui e-mel atau cara lain di mana maklumat peribadi atau informasi peribadi atau sensitif lain disediakan. Anda mengakui bahawa item-item yang anda hantar melalui ciri perbincangan akan dilihat oleh sesiapa yang boleh mengakses tapak web ini. Ciri perbincangan ini bertujuan untuk membantu usaha kerjasama, menyelaras pembetulan kesilapan, dan memudahkan penyelidikan tambahan dengan pengguna lain yang berminat. Ciri perbincangan tidak boleh (a) digunakan untuk sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan topik yang dibincangkan, (b) termasuk maklumat yang mungkin membahayakan atau memalukan sesiapa pun yang hidup, atau (c) termasuk bahasa atau kandungan yang menyinggung, tidak senonoh, tidak sesuai, mengancam atau kesat. Perselisihan mengenai fakta-fakta berkenaan seorang individu yang sudah meninggal akan berlaku, dan perselisihan tersebut harus dinyatakan dengan jelas berdasarkan fakta-fakta dan pemetikan sumber-sumber, tanpa berkomunikasi secara kasar, menghina atau bahasa serta komen yang tidak baik. Ciri perbincangan tidak boleh digunakan untuk menyediakan pautan ke laman web luaran dengan kandungan yang tidak sesuai (walaupun pautan kepada maklumat dan informasi mengenai individu yang telah meninggal mungkin sesuai), atau bertujuan untuk solisit perniagaan atau menawarkan perkhidmatan penyelidikan. Walaupun kami tidak mempunyai kewajipan untuk berbuat demikian, kami berhak, menurut budi bicara tunggal dan mutlak kami, untuk memadam atau mengedit Kandungan Sumbangan yang disediakan dalam ciri perbincangan dan ciri-ciri serupa serta untuk menafikan akses pengguna kepada ciri-ciri tersebut dengan sebarang atau tanpa sebab. Sila rujuk kepada bahagian Kod Tatakelakuan untuk panduan kemungkinan akibat penggunaan ciri perbincangan yang tidak sesuai dan ciri-ciri yang serupa. 

Perisian

Jika anda dapat muat turun perisian pada tapak web ini, anda hanya boleh menggunakan perisian itu seperti yang disediakan dalam perjanjian lesen yang disertakan dengan perisian. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi sebarang kawalan eksport Amerika Syarikat yang boleh digunakan untuk sebarang perisian yang disediakan pada tapak web ini.

Hak untuk Menyerah

Sebarang Kandungan Sumbangan yang anda serahkan ke tapak web ini adalah tertakluk kepada Perjanjian ini dan Perjanjian Penyerahan Kandungan FamilySearch. Anda mewakili dan menjamin bahawa anda tidak akan menyerahkan apa-apa ke tapak web ini yang melanggar hak pihak ketiga (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, hak cipta, hak kesendirian, hak publisiti, hak kontrak atau hak-hak proprietari lain). Setiap kali anda menyerahkan Kandungan Sumbangan ke tapak web ini, anda mengesahkan bahawa anda mempunyai hak undang-undang untuk menyerahkan Kandungan Sumbangan itu kepada kami dan memberikan kami dan sublesen kami hak dan lesen yang dinyatakan dalam Perjanjian ini dan dalam Perjanjian Penyerahan Kandungan FamilySearch. Anda menerima tanggungjawab bawah undang-undang untuk penggunaan sebarang Kandungan Sumbangan yang anda serahkan. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua Kandungan Sumbangan yang anda serah, pos, atau menyumbang ke tapak web ini atau ke mana-mana tapak gabungan FamilySearch yang lain.

Menyerahkan Nama untuk Tatacara Agama

Anda harus menyerahkan nama individu dalam garis keluarga sendiri anda untuk tatacara agama perwakilan, dan anda tidak harus menyerahkan nama orang yang tidak berkenaan seperti selebriti atau orang yang terkenal, atau nama yang dikumpulkan daripada projek pengekstrakan yang tidak diluluskan, seperti mangsa-mangsa Holocaust Yahudi.

Kod Tatakelakuan

Anda bersetuju bahawa anda tidak akan secara individu, atau secara sebahagian daripada sebarang usaha kolektif, menyerahkan atau menyiarkan maklumat ke tapak web ini (sama ada semasa pendaftaran, sebagai penyerahan genealogi, melalui ciri perbincangan, atau melalui ciri-ciri lain di mana Kandungan Sumbangan boleh disediakan) yang boleh dianggap membahayakan atau menyinggung terhadap pengguna lain. Anda juga bersetuju untuk tidak menyamar sebagai pengguna lain untuk apa-apa tujuan, termasuk menyembunyikan identiti atau membabitkan orang lain akibat tindakan anda. Anda bersetuju untuk tidak melombong, mengumpul, atau menggunakan sebarang maklumat daripada tapak web ini dengan cara yang boleh membahayakan, mencemarkan nama baik, mengganggu atau memudaratkan mana-mana orang atau entiti. Anda selanjutnya bersetuju bahawa, kecuali anda telah menerima kebenaran bertulis kami sebelumnya, anda tidak akan menggunakan sebarang perisian, teknologi, atau peranti untuk melakukan muat turun secara pukal, untuk mengikis kandungan, atau sebaliknya menuai sebarang maklumat atau bahan daripada tapak web ini. Anda bersetuju untuk tidak memintasi mana-mana kawalan atau peraturan penggunaan yang telah kami laksanakan. Anda bersetuju untuk tidak menerbitkan semula, membuat duplikasi, menyalin, memuat turun, menghantar, memaparkan, melaksanakan, menyediakan kepada orang awam, menjual, atau menggunakan mana-mana bahagian tapak web ini atau bahan-bahannya untuk kegunaan bukan peribadi atau komersial. Anda bersetuju untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang berkaitan dengan tapak web ini, kandungannya, atau penggunanya yang boleh mendatangkan kesalahan jenayah atau yang boleh menimbulkan liabiliti sivil. Selain itu, anda bersetuju untuk tidak menerbit semula, menyiarkan, menghantar, mengedar, nyahhimpun, nyahkompil, meniru, kejuruteraan terbalik, mencipta karya derivatif, atau membina semula tapak web ini, perkhidmatan, kod sumber, atau kandungannya tanpa kebenaran bertulis nyata kami terlebih dahulu. Anda selanjutnya bersetuju untuk tidak melakukan apa-apa yang mungkin mengganggu aliran data ke atau dari tapak web ini atau menganggu pelayanan atau prestasi tapak web ini. Anda memahami bahawa akibat daripada tindakan berbahaya atau menyinggung perasaan, atau apa-apa pelanggaran Perjanjian yang lain, mungkin termasuk pembatalan hak anda untuk menggunakan tapak web ini (termasuk hak anda untuk menggunakan tapak web ini, mana-mana gabungan tapak web atau aplikasi mudah alih FamilySearch yang lain, dan sebarang bahan daripadanya) dan tindakan undang-undang terhadap anda.

Menjaga Penyerahan

Kami berniat untuk menggunakan usaha yang munasabah untuk memelihara integriti Kandungan Sumbangan anda dan untuk mengelakkan kesilapan atau peninggalan dalam kandungan tapak web ini. Walau bagaimanapun, anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab atas kesilapan atau peninggalan apa-apa kandungan yang boleh anda dapati pada tapak web ini, atau kehilangan, kerugian, atau kerosakan Kandungan Sumbangan yang anda serah atau siarkan.

Pautan

Untuk kemudahan anda, tapak web ini mungkin mengandungi pautan-pautan ke tapak-tapak web lain yang dioperasi oleh orang lain. Tapak-tapak pihak ketiga tersebut tidak dijaga atau dikawal oleh kami, dan kami tidak bertanggungjawab ke atas kandungannya. Walaupun kami berusaha secara murni untuk menunjukkan pautan tapak web yang menarik dan sesuai, mungkin adanya tapak web yang mengandungi bahan-bahan tidak sesuai atau bahan yang tidak menyenang. Jika anda menemui bahan-bahan tersebut semasa menggunakan tapak web yang anda akses melalui pautan daripada tapak web ini, sila maklumkan kami dengan segera.

Kami pecaya bahawa orang yang menampalkan maklumat di Internet mengetahui bahawa informasi itu akan dipapar secara awam dan sedia diguna oleh orang ramai. OIeh itu, kami percaya bahawa pemautan ke tapak web lain adalah dibenarkan dan konsisten dengan jangkaan orang yang menggunakan Internet. Tetapi, jika capaian ke tapak-tapak laman web tertentu dihadkan, pengendali tapak web itu harus memberitahu kami.

Privasi Data dan Perlindungan

Dengan menggunakan tapak web ini dan menyerahkan data peribadi kepada kami, anda bersetuju dengan pemprosesan di Amerika Syarikat, atau di lokasi-lokasi lain, sebarang data peribadi yang anda menyerah mengikuti Notis Privasi kami. Anda juga bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang berkenaan penghantaran data peribadi ke atau dari Amerika Syarikat dan negara yang anda tinggal.

Bidang kuasa dan Undang-undang yang Berkenaan

Perjanjian ini akan ditadbirkan di bawah undang-undang Negeri Utah, Amerika Syarikat, seperti yang digunakan di atas perjanjian yang dimasuki dan dilaksanakan sepenuhnya dalam negeri itu, tanpa memberi kesan kepada mana-mana prinsip percanggahan undang-undang. Apa-apa tindakan yang anda bawa untuk menguatkuasakan Perjanjian ini atau hal yang berkaitan dengan tapak web ini harus dibawa ke sama ada mahkamah negeri atau mahkamah persekutuan yang terletak di Salt Lake County, Utah, dan anda dengan ini membenarkan dan menyerah kepada bidang kuasa peribadi mahkamah tersebut untuk tujuan membicarakan sebarang tindakan sedemikian. Anda bersetuju dengan ini tanpa mengira lokasi anda atau sebarang kesulitan terhadap anda. Jika mana-mana peruntukkan daripada Perjanjian ini menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan secara menyeluruh atau sebahagiannya, peruntukkan yang selebihnya tidak akan terjejas, melainkan kami menentukan bahawa peruntukkan yang tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan adalah terma penting kepada Perjanjian ini, dalam hal ini kami boleh menurut budi bicara mutlak kami meminda Perjanjian ini.

Pembatasan Liabiliti

Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan khas atau berbangkit daripada penggunaan anda, atau ketidakupayaan anda untuk menggunakan, tapak ini atau bahan dalam tapak web ini atau mana-mana tapak yang dipautkan, termasuk, tetapi tidak had kepada, kehilangan untung, pergangguan perniagaan, dan kerugian program atau data lain pada sistem pengendalian matlumat anda. Walau apa pun, jumlah liabiliti kami kepada anda untuk semua kerosakan, kerugian, dan punca tindakan tidak akan melebihi jumlah yang anda bayar, jika ada, untuk mengakses laman web ini atau mana-mana tapak yang dipautkan.

Penafian

TAPAK WEB INI DAN BAHAN-BAHAN DALAM TAPAK WEB INI SERTA MANA-MANA ​​LAMAN YANG BERPAUT DISEDIAKAN "SEBAGAIMANA ADANYA" DAN TANPA SEBARANG JAMINAN, SECARA TERSURAT ATAU TERSIRAT. SEJAUH YANG DIBENARKAN SEPENUHNYA MENURUT UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN, KAMI MENAFIKAN SEMUA JAMINAN TERSURAT ATAU TERSIRAT, TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, JAMINAN HAK MILIK DAN JAMINAN TERSIRAT KEUPAYAAN DAGANG DAN KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU. KAMI TIDAK JAMIN BAHAWA FUNGSI-FUNGSI DALAM TAPAK WEB INI TIDAK AKAN DIGANGGU ATAU BEBAS DARIPADA RALAT, KECACATAN AKAN DIPERBAIKI, ATAU TAPAK WEB INI SERTA PELAYANNYA INI TIDAK MENGANDUNGI VIRUS ATAU KOMPONEN LAIN YANG BAHAYA.

Tanda dagangan

Berikut adalah senarai tidak menyeluruh tanda dagangan dan tanda perkhidmatan kami dan ahli gabungan kami:

FamilySearch

FamilySearch GEDCOM

International Genealogical Index

RootsTech

The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints

Tanda-tanda ini adalah pengecam FamilySearch atau Intellectual Reserve, Inc. dan didaftarkan di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Untuk maklumat selanjutnya mengenai tanda dagangan dan tanda perkhidmatan kami dan ahli gabungan kami dan penggunaannya yang betul, sila lihat Garis Panduan Untuk Penggunaan Tanda Dagangan FamilySearch

Soalan 

Untuk bantuan atau maklumat selanjutnya mengenai tanda dagangan dan bahan-bahan hak cipta kami dan gabungan kami, anda boleh menghubungi Pejabat Harta Intelek kami melalui:

Telefon: 1-801-240-3959 atau 1-800-453-3860, sambungan 2-3959
Faks: 1-801-240-1187
E-Mel:cor-intellectualproperty@FamilySearch.org

Dikemas kini: 2023-09-01