Perjanjian Penyerahan Kandungan FamilySearch
Dikemas kini 2023-09-01
FamilySearch International ("FamilySearch", "kita", "kita", atau istilah yang serupa) ialah satu organisasi yang tidak beruntung. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, liabiliti dan kewajipan FamilySearch berkaitan dengan penerbitan dan penggunaan lain sebarang maklumat atau bahan yang disumbangkan oleh anda kepada FamilySearch.org ("Laman Web" ini) dihadkan oleh Syarat-syarat Penggunaan Laman Web ini ("Syarat-syarat Penggunaan") dan oleh Perjanjian Penyerahan Kandungan FamilySearch ("Perjanjian” ini). Perjanjian ini akan menyatakan semula dan/atau menambah Syarat-syarat Penggunaan; ia tidak menggantikan Syarat-syarat Penggunaan. Kedua-dua Syarat-syarat Penggunaan dan Perjanjian ini digabung bersama seolah-olah secara jelas dibacakan bersama satu sama lain. Dengan menghantar, menyumbang, atau menyiarkan sebarang maklumat atau bahan kepada mana-mana bahagian Laman Web ini, anda bersetuju kepada Syarat-syarat Penggunaan dan semua terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini.
1. Anda Bertanggungjawab Terhadap Data Sumbangan Anda. Keputusan untuk muat naik maklumat, kandungan, data genealogi, imej, tulisan, dokumen, rakaman, perbincangan, komen, atau bahan-bahan lain (secara kolektif dan individu, "Kandungan Sumbangan") kepada Laman Web ini adalah tanggungjawab anda. Semua Kandungan Sumbangan yang anda muat naik ke Laman Web ini boleh dipaparkan dan tersedia kepada orang lain untuk mencari, melihat, mendengar dan digunakan mengikut Syarat-syarat Penggunaan dan Perjanjian ini. Jangan sumbangkan sebarang maklumat yang anda tidak ingin diakses oleh orang lain.
2. Hak untuk Menyerah. Dengan menyerahkan Kandungan Sumbangan ke Laman Web ini, anda menegaskan bahawa anda mempunyai hak undang-undang untuk menyerahkan Kandungan Sumbangan dan serahan dan penggunaan menurut Syarat-syarat Penggunaan dan Perjanjian ini tidak akan melanggar sebarang hak privasi pihak ketiga, hak publisiti, hak kontrak, hak cipta atau hak proprietari. Dengan menegaskan hak undang-undang anda untuk menyerahkan Kandungan Sumbangan, anda menerima tanggungjawab undang-undang untuk penggunaan Kandungan Sumbangan anda oleh kami (dan pemegang-pemegang sublesen kami).
3. Hak Cipta. Kami peka terhadap hak cipta dan hak harta intelek orang lain. Sila peka bahawa kandungan, termasuk gambar-gambar, certia-cerita dan pengalaman-pengalaman peribadi kekal sebagai hakmilik pencipta atau penyerah walaupun diserahkan kepada sebahagian laman web ini yang berkaitan dengan anda. Anda dilarang mengeluarkan semula hakmilik tersebut tanpa kebenaran pemilik. Foto-foto individu-individu yang hidup, kecuali anak-anak kecil anda, tidak boleh diposkan tanpa persetujuan mereka dan boleh digunakan oleh kami berdasarkan terma-terma Perjanjian ini dan Syarat-syarat Penggunaan. Apabila mencipta rakaman audio / suara, kandungan peribadi yang dirakam haruslah dimiliki anda, atau jika penciptaan orang lain (contohnya, puisi atau artikel), digunakan dengan kebenaran pemiliknya.
4. Lesen-lesen dan Hak-hak yang Diberikan kepada Kami. Dengan menyumbangkan Kandungan Sumbangan untuk laman web ini, anda membenarkan FamilySearch menggunakan secara tidak terbatas, berbayar penuh, bebas dari royalti, digunakan seluruh dunia, tidak boleh dibatalkan, boleh disublesen, dan lesen berterusan untuk sebarang dan semua Kandungan Sumbangan yang anda serahkan atau sediakan kepada laman web ini untuk tujuan apa-apa pun, dalam apa-apa dan segala macam, dan dalam apa-apa dan segala bentuk media yang kami menurut budi bicara kami, menganggap sesuai untuk melanjutkan misi kami untuk mempromosikan sejarah keluarga dan penyelidikan genealogi. Sebagai sebahagian daripada lesen ini, anda memberi kami kebenaran tanpa batas untuk menyalin, memaparkan secara awam, menghantar, menyiarkan, menunjukkan secara awam, mengedarkan, sublesen, membuat terbitan dari (termasuk, tanpa batas, dengan mengabung semua atau sebahagian Kandungan Sumbangan bersama penyumbang-penyumbang lain atau mengubah suai Kandungan Sumbangan anda), dan mengizinkan penggunaan Kandungan Sumbangan anda (oleh kami dan orang lain) di seluruh dunia dengan cara-cara yang kami menganggap sesuai (elektronik atau sebaliknya, termasuk dalam Internet).
5. Ketepatan Data Sumbangan. Anda bersetuju untuk memberi maklumat benar, tepat dan penuh kepada kami. Jika sebarang maklumat yang anda berikan adalah, menurut budi bicara kami, palsu atau mengelirukan, kami akan berhak, tetapi bukan kewajipan, untuk mengambil apa-apa tindakan pemulihan atau pencegahan yang kami menganggap sesuai menurut budi bicara kami, termasuk menyekat akses, memadamkan, dan/atau menyunting mana-mana Kandungan Sumbangan anda.
6. Sensitiviti terhadap Pengguna-pengguna Lain. Kami meminta anda untuk berhati-hati dan pertimbangkan maklumat dalam Kandungan Sumbangan sebelum menyerahkannya. Kami berhak untuk menyingkir sebarang Kandungan Sumbangan yang kami percayai, menurut budi bicara kami, (a) tidak relevan, (b) berpotensi memudaratkan atau memalukan kepada sesiapa pun yang hidup, (c) adalah menyinggung, tidak senonoh, tidak sesuai, mengancam, atau menganiaya, atau (d) melanggar Perjanjian ini, Syarat-syarat Penggunaan atau Garis Panduan dan Polisi-polisi Muat Naik. Kami juga boleh mengambil sebarang tindakan, termasuk menyekat akses akibat pelanggaran Perjanjian ini dan memberitahu penguatkuasa undang-undang tentang apa-apa aktiviti yang muncul yang kami menganggap melanggar undang-undang yang berkenaan menurut budi bicara kami.
7. Pemeriksaan Automatik. Kami berhak, tanpa kewajipan, untuk mengawasi dan mengedit Kandungan Sumbangan anda. Kami menggunakan alat penapis automatik untuk menekan Kandungan Sumbangan yang didapati, menurut pertimbangan terbaik kami, berkaitan dengan orang hidup atau melanggar Syarat-syarat Penggunaan atau Perjanjian ini. Walaupun kami tidak bertanggungjawab untuk berbuat demikian, kami berhak untuk mengedit Kandungan Sumbangan anda tanpa atau dengan sebarang sebab.
8. Penjagaan Penyerahan. Kami berniat untuk menggunakan usaha yang munasabah untuk memelihara integriti Kandungan Sumbangan anda dan untuk mengelakkan kesilapan atau peninggalan dalam kandungan laman web ini. Kami menyediakan peluang untuk menghantar Kandungan Sumbangan tertakluk kepada Syarat-syarat Penggunaan dan Perjanjian ini. Khidmat seperti ini dan Laman Web ini disediakan “SEPERTIMANA ADA”, dan kami tidak bertanggungjawab ke atas kesilapan atau peninggalan dalam apa-apa kandungan yang anda dapati pada laman web ini, atau kehilangan, kerosakan, atau kereputan Kandungan Sumbangan yang anda serah. Anda boleh menarik balik mana-mana Kandungan Sumbangan anda dari Laman Web ini, tetapi kami tidak perlu mengeluarkan pautan atau rujukan untuk Kandungan Sumbangan yang telah ditarik balik. Selain itu, anda mengakui dan bersetuju bahawa setelah kami sublesen Kandungan Sumbangan anda kepada orang lain, kami mungkin tidak mampu, dan kami tidak akan mempunyai kewajipan, untuk menghentikan penggunaan Kandungan Sumbangan oleh pemegang-pemegang sublesen sedemikian. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, kami tidak bertanggungjawab ke atas kerosakan khas atau berbangkit yang disebabkan oleh penyerahan Kandungan Sumbangan anda atau keengganan kami untuk menerima Kandungan Sumbangan anda. Sila lihat Syarat-syarat Penggunaan untuk maklumat selanjutnya.
9. Undang-undang Perlindungan Data. Jika anda berada di luar Amerika Syarikat, anda setuju dengan pemprosesan sebarang data peribadi di Amerika Syarikat, atau jika anda di lokasi-lokasi lain, anda setuju dengan pemprosesan sebarang data peribadi mengikuti Notis Privasi kami. Anda juga bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang berkenaan penghantaran maklumat peribadi ke atau dari Amerika Syarikat dan negara di mana anda tinggal.
10. Kod Tatakelakuan Sila baca bahagian Kod Tatakelakuan dalam Syarat-syarat Penggunaan dengan teliti, serta semua bahagian dalam Syarat-syarat Penggunaan, yang berkenaan kepada Perjanjian ini.
Dikemas kini 2023-09-01