Garis Panduan dan Polisi Muat Naik
Dikemas kini 2017-03-28
Asas-asas untuk Foto, Dokumen dan Rakaman Audio
Foto, Dokumen dan Rakaman Audio FamilySearch patut membenarkan para individu berkongsi kandungan nenek moyang yang membantu keluarga mengenali dan mengasihi satu sama lain. Asas-asas umum berikut harus dipatuhi:
Sesuai. Kandungan harus menyokong standard kesopanan dan hemah yang sesuai.
Relevan. Kandungan harus menyokong tujuan sejarah keluarga.
Memalingkan hati. Kandungan harus menyokong para individu untuk mengenali dan mengasihi nenek moyang mereka.
Tidak komersial. Kandungan tidak harus mengiklankan atau mempromosi produk. Foto tidak harus melanggar hak harta intelektual.
Garis Panduan Polisi untuk Saringan Foto, Dokumen dan Rakaman Audio
Kandungan TIDAK BOLEH mengandungi imej, gambaran atau huraian tentang
1. Kebogelan atau ketidaksopanan. Pakaian yang ditunjukkan dalam foto harus dizip dan dibutang dengan betul.
2. Kandungan suci atau kandungan agama lain.
a. Pakaian
b. Upacara
c. Pemberkatan Patriarki
3. Pemakaian silang.
4. Pautan ke tapak web di luar (contohnya tiada URL).
5. Kata-kata yang lucah atau tidak sopan.
6. Gambar tubuh badan tanpa kepala atau muka.
7. Imej orang yang bercium di mulut: individu bercium satu sama lain di bibir atau hampir bercium di bibir, tanpa mengira jantina, umur atau hubungan.
8. Penajaan produk atau laman web. Logo dan perkataan pada pakaian atau pada papan iklan, lori dan lain-lain akan dinilai secara individu.
9. Kegiatan, produk atau perkhidmatan yang menyalahi undang-undang. Ini termasuk dadah.
10. Kekasaran, gerak isyarat atau bahasa kesat.
11. Ungkapan kebencian atau diskriminasi.
12. Keganasan dan mencacatkan orang.
a. Foto peperangan, pemburuan, dan memancing ikan akan dinilai secara individu.
b. Foto dengan tindik dan tatu akan dinilai secara individu.
13. Penggalakkan perkauman (rasisme).
14. Mempromosi produksi, tujuan, atau kebajikan semasa.
15. Kandungan komersial. Satu-satunya pengecualian adalah jika:
a. Anda mempunyai hak yang sah ke atas kandungan itu.
b. Hak cipta telah tamat.
Foto, Dokumen dan Rakaman Audio tidak boleh disunting dalam cara yang menjadikan ia tidak tepat, palsu atau mengelirukan. Bahkan, sebarang gambar sekumpulan orang yang mengandungi seorang individu yang telah melanggar mana-mana garis panduan dalam dokumen ini adalah tidak dibenarkan.
Imej, artifak atau fail yang baru atau sebelum ini dimuat naik atau dicipta di FamilySearch yang melanggar polisi-polisi penyerahan mungkin dibatasi.