Sebagai pemimpin Gereja, anda membantu individu dan keluarga mencari kedamaian dan kekuatan dalam Yesus Kristus semasa mereka menyembah di bait suci dan melayani nenek moyang mereka.


Sentiasa Fokus pada Juruselamat Dahulu
Semasa anda menjemput ahli untuk menyembah di rumah Tuhan dan melaksanakan tatacara untuk nenek moyang, mulakan dengan Juruselamat. Kongsi bagaimana perjanjian dan tatacara bait suci mengikat kita kepada Juruselamat, membantu kita merasakan bimbingan dan penghiburan, dan menguatkan kita dengan perlindungan dan kuasa-Nya. Belajar dengan Lebih Lanjut
Rancangan itu akan disempurnakan oleh Tuhan pada masa yang ditentukan-Nya. Rancangan itu adalah untuk menyatukan segala sesuatu yang telah diciptakan, baik yang di syurga mahupun yang di bumi, dengan Kristus sebagai kepala.
Efesus 1:10

Gunakan Tatacara Sedia
Bantu ahli menggunakan Tatacara Sedia—cara paling mudah untuk semua ahli mengumpulkan orang lain kepada Juruselamat dengan berjaya mencari nama berkaitan keluarga mereka yang memerlukan tatacara bait suci yang menyelamatkan. Belajar dengan Lebih Lanjut

Tambah Pengetahuan Anda
Galakkan semua ahli untukmenambah apa yang mereka tahu pada salasilah keluarga mereka—nama, foto, peristiwa hidup, cerita, dan kenangan lain tentang orang dikasihi yang boleh dikumpulkan kepada Juruselamat.
Pemimpin yang membantu ahli baharu dan remaja bersedia untuk pengalaman pembaptisan dan penetapan bait suci pertama mereka boleh gunakanBantuan Nama Keluarga.
Sumber Bantuan Pemimpin
Bantu mereka yang anda layani untuk bertambah dekat kepada Juruselamat melalui sejarah keluarga.
Menyokong Ahli Baharu
Lihat bagaimana penyembahan bait suci dan sejarah keluarga menguatkan iman dan menggalakkan penganutan seumur hidup.
Lihat BagaimanaMenyokong Kanak-kanak Yang Akan Berumur 12
Terokai cara untuk membantu remaja bersedia untuk pengalaman bait suci pertama mereka.
Belajar dengan Lebih LanjutSumber Boleh Muat Turun
PDFRisalah Tatacara Sedia
Risalah yang boleh dimuat turun ini mempunyai maklumat tentang Tatacara Sedia dan pautan kepada pengalaman.
Muat TurunVideoVideo Berkat-berkat Dijanjikan
Para Rasul Moden, termasuk Elder David A. Bednar, Quentin L. Cook, Neil L. Andersen, dan Dale G. Renlund, telah menjanjikan banyak berkat yang berkuasa kepada mereka yang mengambil bahagian dalam sejarah keluarga dan pelayanan bait suci.
Belajar dengan Lebih Lanjut

“Ajaran Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir berpusat pada keluarga. Bait suci adalah penting dalam ajaran kita tentang keluarga. Tatatcara-tatacara yang diterima disana membolehkan kita kembali sebagai keluarga abadi dalam hadirat Bapa Syurgawi kita.”
Presiden Dallin H. Oaks, Injil Yesus Kristus yang Berpusatkan Keluarga
1 daripada 3