Menyediakan Kanak-kanak dan Remaja untuk Pengalaman Bait Suci yang Menggembirakan
“Ketika kami memerhatikan para remaja melakukan sejarah keluarga, kami melihat mereka mengalami kegembiraan yang hampir serta-merta serta peningkatan keyakinan diri. … Sejarah keluarga menawarkan pengaruh penyembuhan dan memberikan jaminan bahawa setiap individu adalah berharga di mata Bapa Syurgawi kita.”—President Dallin H. Oaks, 2018 Hari Penemuan Keluarga RootsTech

Menguatkan Asas yang Berpusatkan Kristus
Bagaimana Pemimpin dan Ibu Bapa Boleh Membantu Kanak-kanak yang Akan Berusia 12 Tahun Bersedia untuk Tatacara dan Perjanjian Bait Suci
Ibu bapa dan para pemimpin Sekolah Primer boleh mengajarkan dengan kerap asas yang terdapat dalam Ikutlah Aku yang berkaitan dengan persediaan ke bait suci (Lampiran A; Lampiran B).
Ibu bapa membantu anak-anak mereka dengan menggunakan Tatacara Sedia untuk menerima nama keluarga dan menambahkan maklumat yang mereka ketahui ke FamilySearch.org.
Ibu bapa dan pemimpin turut serta dalam pertemuan Persediaan Bait Suci dan Imamat bersama kanak-kanak.
Bantuan Nama Keluarga untuk Remaja
Pelajari bagaimana untuk membantu remaja membawa kad nama keluarga mereka sendiri ke bait suci dengan cepat tanpa menghadapi cabaran nama pengguna dan kata laluan.
BermulaVideo Yang Berguna
Pelajarilah daripada contoh kehidupan sebenar para ahli Gereja ini di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.
Pengalaman remaja—dalam kata-kata mereka sendiri
Kanak-kanak dan remaja di Los Angeles, California, membincangkan aktiviti-aktiviti yang mempersiapkan mereka untuk kunjungan pertama ke bait suci bagi melakukan pembaptisan dan penetapan perwakilan.
Tonton SekarangNasihat daripada ibu bapa dan pemimpin
Ibu bapa dan pemimpin remaja di Los Angeles, California membincangkan cara mereka telah membantu kanak-kanak bersedia untuk kunjungan pertama yang menggembirakan ke bait suci.