Tajaan Gereja

dari FamilySearch

Menghubungkan Generasi-generasi

Perasaan hubungan kekeluargaan boleh membantu kita mengatasi naik turun kehidupan. Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir membiayai FamilySearch untuk membantu orang menerima kekuatan dari hubungan kekeluargaan mereka—pada masa lalu, kini, dan masa depan. Anda boleh belajar lebih lanjut tentang ajaran-ajaran Gereja yang berkaitan dengan keluarga diComeuntoChrist.org..

Apakah Maksudnya Kepada Anda

Maklumat peribadi dan keluarga yang anda tambahkan ke FamilySearch digunakan untuk membantu anda menemui, memelihara, dan berkongsi cerita keluarga anda. Ia tidak dijual kepada syarikat-syarikat lain. Maklumat tentang keluarga hidup disimpan secara peribadi kepada anda, sementara butiran nenek moyang anda yang telah meninggal dunia dikongsi dengan penyelidik lain dalam komuniti Family Tree.

Memperbaikkan Kehidupan Semua Orang

Sejarah keluarga boleh menjadi sumber ilham, kebahagiaan, kesembuhan, kejelasan, empati dan kedamaian. Kami berharap bahawa semua orang dapat mengalami perasaan-perasaan ini dalam kehidupan semasa mereka memikul atau membangun tradisi keluarga yang meraikan nenek moyang mereka.