Tawarkan Lebih Banyak Kandungan secara Percuma
Menjadi Afiliasi FamilySearch

Tambahkan akses kepada lebih daripada 2 bilion dokumen bersejarah digital yang hanya tersedia di lokasi FamilySearch.

Seorang lelaki melakukan penyelidikan di perpustakaan

Manfaat Utama

Sebagai afiliasi, anda akan dapat menawarkan akses automatik kepada perkhidmatan yang bernilai kepada pelawat anda.

Alat Dalam Talian Percuma

FamilySearch menawarkan alat dan sumber percuma kepada pelawat anda untuk menerokai, memelihara dan berkongsi sejarah keluarga mereka.

Kandungan Eksklusif

Akses kepada kira-kira 400 juta imej yang kini tidak tersedia kepada orang umum di luar lokasi FamilySearch.

Tawaran Istimewa

Lokasi afiliasi FamilySearch menerima maklumat dan tawaran istimewa bagi produk dan perkhidmatan yang mungkin menarik minat mereka.

Keperluan

Perkara yang dijangkakan daripada seorang afiliasi.

Satu atau lebih tempat kerja

Sekurang-kurangnya satu komputer dengan capaian web disediakan di kawasan umum untuk membolehkan patron mengakses FamilySearch.org. (Nota: Komputer ini tidak semestinya perlu dikhaskan hanya untuk kegunaan FamilySearch.)

Alamat IP Statik Luaran

Alamat IP statik luaran. Jika lokasi anda menggunakan berbilang alamat IP statik atau julat alamat IP statik, sila nyatakan setiap alamat tersebut atau julat alamat IP tersebut.

Wakil

Seseorang yang ditetapkan untuk menerima komunikasi daripada FamilySearch. Nama kenalan dan alamat e-mel diperlukan. Untuk sebarang pertanyaan rujuk Terma dan Syarat FamilySearch

Sudah menjadi Afiliasi?

Akses sumber tambahan untuk membantu para patrons dan kakitangan anda membuka potensi penuh program afiliasi.

Akses Sekarang

Ada soalan tentang menjadi afiliasi?

Seorang wakil FamilySearch boleh memberi organisasi anda maklumat lanjut tentang program afiliasi dan perkhidmatan percuma yang tersedia untuk pelawat anda.

Hantar E-mel kepada Kami

Soalan Lazim

Tambah akses kepada sumber anda

Mohon untuk menjadi afiliasi FamilySearch hari ini.